Ultimate MMA AcademyULTIMATE MMAACADEMY · JB
Panduan BM · 12 Jun 2026

Berapa kos belajar Muay Thai di JB? Senarai harga penuh 2026

Nak belajar Muay Thai, soalan pertama mesti: berapa? Kami senaraikan SEMUA yuran Ultimate MMA Academy di sini — telus, tiada kos tersembunyi, tiada “PM untuk harga”.

Latihan Muay Thai di Ultimate MMA Academy Johor Bahru

Senarai harga penuh 2026

Kelas percubaan (pertama)RM50/kelasTak perlu booking — terus datang
Kelas malamRM250/bulanIsn–Sab: kelas berkumpulan 7:30–9:30pm + MMA & sparring 9:30–10:30pm (Sab 8:30pm), termasuk BJJ
Pagi + malamRM350/bulanTambah Muay Thai pagi Isn–Jum 10–11am
Kelas kanak-kanakRM200/bulan3 tahun ke atas, kickboxing + BJJ, Sab & Ahd
Brazilian Jiu-JitsuRM200/bulanBJJ dewasa sahaja, tiga kali seminggu
Personal trainerRM95/sesi1-ke-1; pakej kumpulan kecil — tanya di WhatsApp
PendaftaranRM150Sekali sahaja, seumur hidup

Kenapa lebih jimat daripada gim biasa?

RM250 sebulan untuk enam malam seminggu — kira-kira RM20 satu kelas kalau datang tiga kali seminggu, lagi kerap lagi murah, dan setiap kelas ada jurulatih bertauliah, bukan sekadar akses peralatan. Bandingkan dengan gim komersial yang caj RM150–250 sebulan tanpa sebarang kelas.

Kos lain yang perlu tahu

Peringkat awal: kosong. Glove dan gear asas gim sediakan — bawa seluar pendek, t-shirt dan air sahaja. Lepas sebulan dua kalau dah sayang nak berhenti, baru pelaburan kecil: glove sendiri RM100–300, hand wrap sekitar RM20. Itu sahaja.

Soalan lazim

Berapa yuran belajar Muay Thai sebulan di JB?

Di Ultimate MMA Academy: kelas malam RM250/bulan (Isnin–Sabtu, termasuk Muay Thai, tinju, kickboxing, MMA & sparring dan BJJ), pagi + malam RM350/bulan. Yuran pendaftaran RM150 — sekali sahaja, seumur hidup.

Boleh cuba dulu sebelum daftar?

Boleh — kelas percubaan RM50, tak perlu booking. Pakai seluar pendek dan t-shirt, terus datang. Kebanyakan orang dah tahu lepas satu kelas sama ada ini untuk mereka.

Berapa harga personal trainer?

RM95 satu sesi (1-ke-1), masa fleksibel ikut janji temu. Nak share dengan kawan dalam kumpulan kecil pun boleh — WhatsApp kami untuk pakej.

Kena beli gear sendiri tak?

Mula-mula tak perlu. Glove dan gear asas gim ada sediakan — anda cuma perlukan seluar pendek, t-shirt dan air. Bila dah serius nanti baru beli sendiri (glove masuk RM100–300).

Berkaitan: Kelas Muay Thai di JB · Personal trainer · Soalan lazim

Cuba dulu satu kelas RM50, baru buat keputusan.

Tak perlu pengalaman, tak perlu gear — Mount Austin, JB.